Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan berlaku kejadian banjir kilat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang pada Rabu.<br /><br />Situasi itu menyebabkan sekumpulan murid terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam kelas yang dinaiki air.<br /><br />Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Astro AWANI berkata, ia berlaku susulan hujan lebat berterusan tanpa henti melebihi satu jam.
